Cara-cara ringkas untuk berbual dengan wanita

Pada milenia ini, adakah anda dapati sukar berbicara dengan seorang wanita dengan sopan dan berhemah? Adakah sukar untuk anda memandang wanita sebagai manusia yang bermaruah tinggi dan bukan sebagai objek seks? Biar kami kongsi cara-cara berkomunikasi dengan kaum wanita tanpa mengambil kira paras dan bentuk tubuhnya.

Masih terlalu ramai kaum wanita mengalami diskriminasi dan keganasan seksual. Kita seharusnya menghormati wanita dengan kata-kata yang membangun, positif, dan meningkatkan martabat dan kedudukan mereka, bukan menghina dan merendahkan martabat mereka. Kata-kata yang memusnahkan nilai diri kaum wanita membawa kesan yang mendalam terhadap emosi dan keyakinan diri mereka.

Budaya seksisme yang telah wujud berkurun lamanya tidak harus dibiarkan berterusan. Wanita bukan objek yang boleh dipersendakan. Wanita adalah tunggak masyarakat dan keluarga. Jika runtuh kekuatan kaum wanita, maka runtuhlah masyarakat.

Ada pelbagai topik yang lebih kompleks yang boleh dibincangkan tanpa menghina kaum wanita. Bagaimanakah masyarakat Singapura akan maju kalau kita masih berpegang teguh kepada stereotip seksis dan mengaibkan sesetengah kaum kita?

#okletsrespect